Info

PANDUAN STAMPS


PERMOHONAN ID PENGGUNA BAHARU OLEH EJEN



  1. Pendaftaran ID Pengguna Baharu boleh dibuat di laman sesawang https://stamps.hasil.gov.my.

  2. Klik Daftar Pengguna Baru.

  3. Pilih kategori firma yang sesuai sama ada perbankan, insurans, firma guaman atau ejen lain-lain.

  4. Masukkan nama firma/agensi/syarikat.

  5. Masukkan maklumat pendaftaran dan muat naik dokumen sokongan seperti dokumen pengesahan penubuhan firma/syarikat daripada persatuan/majlis peguam atau pendaftar syarikat; salinan kad pengenalan pengguna yang didaftarkan dan surat kuasa wakil.

  6. Daftarkan nombor kad pengenalan dan alamat emel.

  7. Emel pengesahan pendaftaran akan dihantar sebaik sahaja permohonan berjaya.

  8. Pemohon akan menerima keputusan (diluluskan / ditolak) permohonan melalui emel.

  9. Log masuk setelah permohonan diluluskan.

  10. Bagi permohonan yang ditolak, sila buat permohonan semula.

  11. ID yang diluluskan melalui permohonan ID Pengguna Baharu akan diberikan status sebagai pengguna admin.


TAMBAH PENGUNA DI BAWAH PENGGUNA ADMIN (KUMPULAN ID MENGIKUT CAWANGAN / FIRMA/ SYARIKAT YANG SAMA)



  1. Log masuk STAMPS

  2. Pilih Firma @ cawangan firma yang berkaitan

  3. Pilih menu Penyelenggaraan

  4. Pilih Menu Firma

  5. Pilih menu tambah ejen firma

  6. Klik Butang Tambah ejen

  7. Pengguna yang didaftarkan akan menerima pengaktifan ID untuk log masuk ke STAMPS menggunakan No Kad Pengenalan sendiri.


MOHON TAKSIRAN DUTI SECARA DALAM TALIAN



  1. Log masuk ke dalam STAMPS

  2. Pilih Menu Borang Permohonan Penyeteman Surat Cara.

  3. Pilih jenis penyeteman sama ada Pindah Milik Harta Tanah, Pindah Milik Saham, Pindah Milik Perniagaan, Sekuriti, Sewa/Pajakan, Anuiti atau Penyeteman Am.

  4. Isi maklumat dalam borang permohonan.

  5. Muat naik dokumen penjanjian dan dokumen sokongan untuk semakan pegawai penaksir LHDNM jika perlu.

  6. Sahkan perakuan wakil dan klik butang Hantar.

  7. Semak notis taksiran di tab notis selepas dokumen selesai ditaksir oleh pegawai penaksir.

  8. Buat pembayaran duti setem secara dalam talian atau di mana-mana Pejabat Setem yang berhampiran

  9. Jika duti dikecualikan, sila cetak sijil pengecualian.


DAFTAR PENGHANTAR DOKUMEN (BAYARAN DI KAUNTER)



  1. Log masuk STAMPS

  2. Klik Profil

  3. Klik Tab Daftar Penghantar Dokumen Setem

  4. Masukkan maklumat peribadi dan alamat penghantar dokumen

  5. Muat naik gambar, nombor kad pengenalan dan surat kuasa lantikan penghantar dokumen

  6. Klik butang daftar penghantar dokumen

  7. Semak status pendaftaran di tab Senarai Penghantar Dokumen Setem


BAYARAN DUTI SECARA DALAM TALIAN



  1. Buat pembayaran dalam talian melalui tab bayaran online (medium FPX) atau melalui CIMB Bizz Channel online atau Public Bank bagi kes yang telah berstatus sedia untuk bayaran duti

  2. Cetak sijil setem setelah pembayaran berjaya dilaksanakan.



Sila tunggu sebentar